Untuk pengetahuan anda, produk kami adalah produk homemade yang di buat sendiri oleh Produksi JMFS, selain membantu usahawan Bumiputera lain.
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan kami sudi di hubungi dalam talian :
012-7818449 (Juren)016-7327245 (Razak)
atau e-mail ke alamat e-mail kami:
juren.cute@gmail.com
Cara membuat tempahan...
Sila buat tempahan awal selewat-lewatnye 3 hari bagi tempahan yang sedikit dan 2 minggu bagi tempahan yang banyak.
Pembayaran..
Sila jelaskan 50% deposit daripada jumlah tempahan bagi memudahkan kedua-dua pihak. Sila maklumkan sekiranya pembayaran deposit telah dilakukan ke dalam akaun MBB dan bakinya pada hari penghantaran.
*** Nombor akaun akan diberi setelah pengesahan di buat.
*** Lokasi kami di Bandar Putra, Kulaijaya, Johor.*** Anda boleh memilih untuk mengambil sendiri di lokasi kami atau kami akan hantar kepada anda. Namun, penghantaran percuma hanya bagi sekitar bandar KULAIJAYA sahaja.Bagi kawasan luar akan dikenakan caj penghantaran bergantung kepada lokasi penghantaran.
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Untuk makluman tuan/puan sekalian blog kami telahpun berpindah ke http://jbbsbiz.blogspot.com.
Sekian harap maklum... Admin.
TENTANG JMFS
JMFS merupakan pengusaha Bumiputera yang mengusahakan produk berasaskan bakeri . Antara produk kami adalah roti, kek, tat dan pastri, juga terdapat produk makanan sejuk beku. Kami juga merupakan pengusaha kuih hari raya.
Kami menawarkan pelbagai jenis produk bakeri yang dimasak dengan praktikal amalan kebersihan yang baik. Disamping itu, dapatlah kami mempraktikkan apa yang kami tahu supaya dapat menambah baik dan menghasilkan produk yang berkualiti.
Kami akan sentiasa mencari ilham dan kreativiti baru bagi setiap resepi kami. Sekiranya ada yang inginkan kelainan, kami sedia tunaikan hasrat anda! Pelbagai pilihan citarasa dan rekabentuk sedia kami terima untuk kepuasan pelanggan JMFS.
Semoga kita sama-sama menaikkan ekonomi kita.. Selamat Maju Jaya!
KELAS MASAKAN
**Jika berminat nak join kelas yang Jurin anjurkan ini, boleh sms atau call untuk booking. Kursus diadakan di Bandar Putra, Kulaijaya, Johor.
012-7818449
Kelas Jurin diadakan bagi memenuhi permintaan mereka yang berminat. Matlamat Jurin adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada sesiapa yang berminat untuk menceburkan diri dalam industri pembuatan makanan halal sebagai perniagaan sambilan ataupun sepenuh masa. Kursus-kursus yang Jurin adakan juga sesuai buat mereka yang gemar memasak untuk hidangan keluarga sahaja atau berminat mempelajari masakan baru, sekadar mahu mencuba resepi baru atau sebagai koleksi sahaja. .
Jurin bukan lah pakar dalam bidang masakan tetapi Jurin akan cuba menurunkan segala ilmu yang ada berdasarkan pengalaman dan pengetahuan disamping sama2 mempelajari resepi2 baru.semoga kita semua akan mendapat manfaatnya..amin...
Juren Berkongsi Resepi
Kepada mereka yang inginkan resepi-resepi menarik koleksi Ibujuren bolehlah lawati blog